NADI-KidVenture [PELAN PERNIAGAAN MINI 1]

9 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mei 2026 (Sabtu) – NADI Kg Braang Bayur telah mengadakan program NADI- KidVenture 2026: Webinar Dalam Talian Pelan Perniagaan Mini 1 yang berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga 11:30 pagi. Program ini telah disertai oleh seramai seorang peserta kanak-kanak tempatan.

Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai asas perniagaan dan keusahawanan dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Peserta didedahkan dengan konsep mudah berkaitan pelan perniagaan, cara menjana idea perniagaan serta kepentingan pengurusan yang teratur dalam membangunkan sesuatu perniagaan kecil.

Melalui program ini, para peserta dapat meningkatkan kreativiti, keyakinan diri serta pengetahuan asas keusahawanan yang dapat membantu memupuk minat terhadap bidang perniagaan sejak usia muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali